Perkahwinan adalah wajib bagi yang mampu |
Assalamualaikum wr.wb.
Saya terus terang saje Ustaz.
Saya telah menjalin hubungan dengan seorang wanita & insyaAllah siap utk menjadikan dia isteri saya. Namun beberapa hari lalu,pasangan saya mengaku bahawa dia tidak dara lagi. Dia pernah melakukannya dengan bekas kekasihnya dan itu sudah terjadi 8 tahun yg lalu.
Dia mengaku hanya melakukan sekali sahaja dan sudah menyesal. Kerana saat itu dia menganggap bakal menjadi isteri dari bekas kekasihnya. Tapi menurut dia hubungan mereka tidak direstui org tuanya kerana suatu hal. Dan bekas kekasihnya itu juga masih teman saya. Yang ingin saya tanyakan:
1. Apakah hukum dalam Islam dibolehkan menikahi wanita tersebut ? Atau lebih baik meninggalkannya dan mencari wanita yg lebih baik?
2. Baru-baru ini bekas kekasihnya ingin balik lagi kepada dia. Saya tahu dia masih mencintainya, kerana mereka berpisah hanya kerana masalah restu dari org tua wanita itu. Apakah saya harus merelakan wanita ini untuk kembali lagi atau tetap dengannya? kerana yang saya tahu dia mencintai saya.
3. Bila saya tetap menikahinya dengan alasan ibadah, apakah saya termasuk orang tidak baik? Kerana menurut Al-Quran surat an-nur (sy lp ayatnya) orang baik berjodoh dengan orang baik, dan yg tidak baik akan berjodoh dengn yang tidak baik (maaf kalau salah). Mohon untuk dijawab agar saya dpt mengambil keputusan tanpa ragu-ragu.Terima kasih atas jawapannya
-Arie-
Jawapan
Semoga Allah merahmati kita semua
1. Sebenarnya hukum menikah dengan orang berzina memang cukup berat, sebahagian Ulamak mengharamkan. Melihat hal ini saya sarankan saudara mencari pasangan yang lain. Jika masih ada peluang untuk mencari pasangan yang lain carilah yang lebih suci. Jika tidak boleh pilih yg lain, dan akan menghasilkan mudarat jika tidak menikah dengannya , maka suruh dia bertaubat terlebih dahulu agar kamu disebut sebagai orang yang terjaga kehormatannya (tidak berzina) menikah dengan yang terjaga kehormatannya (tidak berzina)
2. Jika anda memilih mencari pasangan yang lain maka biarkanlah dia bersama orang yang pernah menzinahinya. Dua-duanya harus bertaubat dan melangsungkan kehidupan yang normal.
3. Orang yang berzina memang dianggap tidak baik selama belum bertaubat. Jika sudah bertaubat maka orang yang bertaubat seperti orang yang tidak punya dosa lagi. Ia kembali suci.
Wallahualam.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment