Home » , , » Seluar Jeans Scratch-n-Sniff Dicipta

Seluar Jeans Scratch-n-Sniff Dicipta

Kajian mendapati ramai pengguna malas untuk mencuci seluar jeans mereka.

Seluar jeans adakalanya dipakai berhari-hari, malah lebih lama daripada itu, sebelum ia dibasuh. Semua gara-gara kainnya yang agak tebal hingga menyukarkan proses mencuci terutama mereka yang tidak menggunakan mesih basuh.

Namun dunia fesyen dikejutkan dengan innovasi dan penciptaan yang sungguh kreatif daripada sebuah syarikat pengeluar jeans terkenal daripada Kanada.Mereka berjaya mencipta jeans yang mempunyai haruman wangi….caranya mudah saja, hanya perlu gores dan bau!


Seluar jeans kreatif itu dikeluarkan oleh syarikat ‘Naked and Famous Denim’. Untuk permulaan, syarikat itu melancarkan seluar jeans yang mempunyai haruman Raspberry.

Menurut syarikat itu, mereka telah membuat kajian dengan mencuci seluar keluaran mereka sebanyak lima kali dan hasilnya jeans itu tetap berbau wangi.


Syarikat tersebut hanya menggunakan kain denim yang bermutu tinggi yang diimport dari Jepun

Ia akan dijual di pasaran dengan harga sekitar RM600 sehelai. Jika anda berminat, seluar jeans ‘Scratch-n-Sniff’ ini boleh dibeli dalam talian di alamat 



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment