Home » , » Beyonce Dituduh Palsukan Kehamilan

Beyonce Dituduh Palsukan Kehamilan

 Beyonce

New York – Kelangsingan tubuh penyanyi terkenal antarabangsa, Beyonce Knowles, selepas melahirkan anak pada 7 Januari lalu menimbulkan seribu kemusykilan di kalangan peminat yang mempertikaikan kehamilannya yang dikatakan palsu.

Tubuh Beyonce kelihatan begitu sempurna meskipun selepas melahirkan Blue Iyv Carter di mana kebiasaan ibu yang baru melahirkan anak kebiasaannya agak mustahil untuk mendapat bentuk tubuh sedemikian rupa.

Beliau dilihat begitu anggun mengenakan fesyen Victoria Beckham berwarna biru gelap di majlis amal yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama baru-baru ini.

“Apakah Beyonce benar-benar melahirkan Blue Ivy pada 7 Januari lalu? Bagaimana beliau kelihatan begitu hebat sekali? Apakah dia menggunakan (kaedah) ibu tumpangan”, persoal para peminat yang sangsi dengan kehamilan ibu berusia 30 tahun itu.

Tindakan Beyonce yang memakai kasut tumit tinggi serta beberapa aksesori tambahan juga dikatakan menguatkan lagi dakwaan tentang memalsukan kehamilannya itu.

Bagaimanapun menurut majalah Star, jurulatih peribadi Beyonce, Marco Borges tinggal bersamanya selepas melahirkan bayi dan mereka bersenam selama dua jam sebanyak dua kali sehari pada setiap hari.

“Beyonce dan Marco bangun seawal jam 5 pagi untuk senaman selama dua jam dan dilakukan sekali lagi pada jam 5 petang.

“Mereka melakukan variasi kardio, pilates, pliometrik, yoga, dan sudah tentu..tarian,” kata kenalan rapat penyanyi itu kepada majalah tersebut.

Kehamilan Beyonce mula dipertikaikan peminat sebelum melahirkan Ivy Blue di mana perut beliau dikatakan seolah-olah bergerak dan mempunyai bantal tambahan ketika duduk di sofa untuk diwawancara oleh America’s NBC News.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment