KUALA LUMPUR – Pelakon dan model terkenal, Deanna Yusof sehingga kini belum mendirikan rumahtangga biarpun usianya telah mencecah 45 tahun dan pernah menjadi perhatian ramai jejaka pada zaman kegemilangannya ketika di tahun-tahun 1990-an.
Selebriti yang mula mencuri perhatian ramai peminat dalam dunia perfileman tanah air apabila dia muncul menerusi filem pertama lakonannya berjudul Selubung pada tahun 1991 arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba ini mengakui dia masih belum berpunya.
Deanna yang dilahirkan pada 3 Januari 1967 ini berkata, sehingga kini dia masih belum bertemu dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikannya suami kerana begitu mengambil kira soal kriteria lelaki yang mahu intim dengannya.
Lelaki yang mahu berkahwin dengan saya kemudiannya tidak sukakan saya. Saya menganggap jodoh saya belum sampai. Saya ada kriteria tentang memilih calon suami. Antaranya saya tidak suka lelaki yang ego dan suka cakap yang kasar-kasar.
“Saya suka dengan lelaki yang baik hati. Sayangnya, sehingga kini saya belum bertemu dengan lelaki yang ada kriteria-kriteria seperti itu. Untuk itu, buat masa ini biarlah saya membujang dulu,” ujarnya.
Anak kacukan Melayu dan Swiss ini ditemui pada majlis pelancaran filem terbaru lakonannya bertajuk Bola Kampong The Movie arahan Ah Loong dan diterbitkan oleh Animasia Studios Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment