KUALA LUMPUR – Pelakon drama, Tasha Shilla yang baru-baru ini hangat digosipkan menari ghairah di sebuah kelab malam di sini mengaku takut mati pada salah satu soalan ‘cepumas’ yang diajukan kepadanya oleh media.
Tasha Shilla yang semakin meningkat naik dan panas dengan gosip-gosip yang kurang enak didengar mendedahkan perkara tersebut pada satu wawancara khas yang diadakan dengan Mstar di slot ‘Apa Cer!’, baru-baru ini.
Dia turut mendedahkan bahawa kerja yang paling hebat yang pernah dilakukannya seumur hidup ialah apabila diarahkan untuk masuk ke dalam keranda bagi menjayakan satu babak lakonan drama ‘Panggilan Arwah’.
Selain itu, pelakon drama Atas Nama Cinta yang sedang ditayangkan di TV3 ini menamakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai manusia yang paling dikaguminya.
Tasha Shilla, 25, juga mengambil kesempatan menerusi wawancara tersebut untuk menafikan sekeras-keranya gosip yang mendakwa dirinya ditaja dan menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang berstatus ‘VIP’.
“Saya nafikan dakwaan itu. Kalaulah benar saya menjalin hubungan atau dibela golongan VIP, buat apa saya bekerja-keras siang dan malam untuk mengukuhkan nama dalam bidang lakonan ini.
“Lagi pun, saya tinggal dan berada di bawah jagaan keluarga. Ibu bapa saya sentiasa mengetahui dan memantau gerak-geri saya, jadi tidak logik kalau ada yang kata saya dibela oleh VIP,” katanya kepada Mstar Online.
Berikut adalah beberapa perkara menarik mengenai Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, yang dipetik dari laman media online tersebut;
1. APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG? : Mengenai penggambaran drama yang belum selesai.
2. SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI? : Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI? : Mati.
4. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?: Gigih.
5. APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?: Penipu.
6. PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Berlakon depan kamera. Dulu tidak ada keyakinan diri.
7. PERNAHKAH ANDA MEMBENCI SESIAPA?: Elakkan perasaan membenci.
8. PERNAHKAH ANDA DIBENCI? OLEH SIAPA?: Pernah tapi tak pasti.
9. BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?: Menyanyi.
10. JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR? Kaki. Mahu kaki panjang macam patung Barbie doll.
11. APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?: Diterima ramai.
12. PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?: Apabila tidak dapat jayakan kehendak pengarah.
13. KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?: Masuk dalam keranda untuk jayakan drama “Panggilan Arwah”.
14. PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?: Setia kawan dan tidak tikam dari belakang.
15. SIAPAKAH PENULIS KEGEMARAN ANDA?: Tiada.
16. SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?: Tiada.
17. BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?: Hasil kerja.
18. MOTTO KEHIDUPAN ANDA.: Tidak mudah putus asa, gigih dan realisasikan impian.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment