Home » » [VIDEO] Anggota Trafik Maut Dilanggar Bas

[VIDEO] Anggota Trafik Maut Dilanggar Bas

KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah dimuat naik ke laman Youtube yang menyaksikan seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang bergerak laju.

langgar lari

Insiden yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu difahamkan telah meragut nyawa mangsa.

Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.

“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.


Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.

Mungkin selama ini ramai di kalangan masyarakat sering memaki hamun para pegawai polis trafik yang bertugas dengan pelbagai kata-kata kesat kerana disaman setelah melakukan kesalahan di jalanraya.

Namun apa yang masyarakat terlupa bahawa para anggota trafik di seluruh negara dibayar gaji untuk menunaikan amanah tersebut dan terpaksa bersabung nyawa berkhidmat kepada rakyat negara ini selain mencari ‘sesuap nasi’ untuk anak serta isteri masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa ada segelintir dari mereka yang dibuktikan menyalahguna kuasa dan menerima rasuah dari pesalah trafik, namun wajarkah kita menabur persepsi buruk terhadap semua anggota trafik di negara ini?

Cuba bayangkan perasaan kita jika ayah, abang, ibu, kakak atau saudara mara yang kita sayangi bertugas sebagai anggota trafik dimaki hamun ‘sesedap rasa’ sedangkan mereka hanya menjalankan tugas mereka yang diamanahkan?

Gembira? Suka? Sedih? Kecewa? Malu? Atau apa?

Justeru, fikir-fikirkanlah tentang persepsi masing-masing terhadap para anggota trafik yang banyak berjasa kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira tempat, masa atau keadaan. – Mynewshub.my



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment