Home » » Wanita Ini Punyai 7000 Tindik

Wanita Ini Punyai 7000 Tindik

mak ai bnyaknye tindik
Elaine Davidson, wanita asal Brazil yang menerima gelaran The Most Pierced Womandari Guinness Book of Record pada Mei 2000 silam, kembali jadi sorotan.Bukan kerana mempunyai 6925 tindikan di tubuhnya, termasuk 1,500 tindikan dalaman, tetapi kerana pesta pernikahannya.

Ia berkahwin dengan seorang lelaki bernama Douglas Watson. Wanita 46 tahun ini tampil seperti pengantin wanita pada umumnya dengan berbalut gaun putih dan mengenakan tiara floral. Wajahnya penuh dengan riasan warna hijau berpadu 192 tindik.




Elaine kelihatan sangat ketara apabila berdampingan dengan suaminya yang berusia 60 tahun. Lelaki paruh baya tersebut tampil konservatif dengan mengenakan setelan jas biru sederhana serta tali leher Marks and Spencer. 

Pemandangan kelihatan semakin kontras kerana sang suami tidak mempunyai tindikan dan tatu. Dia kelihatan sangat bersahaja dengan kacamata menggantung di batang hidungnya. 
DauGLas Watson, sang suami, menggenggam mesra tangan Elaine ketika mereka berjalan keluar. Pemandangan ini tiba-tiba membuat banyak orang terpegun.
Telegraph.

Terlepas penampilan isterinya yang melampau, DauGLas mengatakan, Elaine adalah sosok yang mempunyai keperibadian menarik. "Sejak lama, kami telah saling mengenal satu sama lain," ujarnya. Pertemuan di sebuah kedai kopi di Glasgow 15 tahun lalu, membuatnya jatuh cinta pada sosok Elaine. "Saya selalu kagum atas kesan tindikannya terhadap orang lain. Dia adalah wanita yang luar biasa," katanya. Bagi DauGLas, beribu-ribu tindik membuat isterinya tumbuh menjadi insan yang dicintai masyarakat. Walaupun, banyak di antaranya yang berfikir bahawa hal tersebut sangat aneh dan menakutkan.

Pasangan yang tinggal di Edinburg ini kelihatan bahagia. Pengantin baru itu pun tak segan memberikan kesempatan bagi para jurugambar dan masyarakat yang melihat untuk mengabadikan kebahagiaan mereka.Setelah itu, mereka meninggalkan kerumunan untuk menggelar resepsi di salah sebuah kafe di bandar tempatan. 
"Elaine terlihat menakjubkan," ujar DauGLas selepas upacara yang berlangsung 35 minit itu, seperti dikutip dari

"Jika dia (Douglas) tidak suka tatu dan tindikan, dia tidak akan bersamaku saat ini. Saya sangat senang," kata Elaine. 

VIVAnews




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

2 komen: